ASTANA CINTA AZ-ZAHRA


Sering kita dengar kisah cinta Raja Shah Jahan dengan isterinya, Mumtaz Mahal sehingga terbinanya bangunan Taj Mahal yang mengambil masa hampir 11 tahun untuk siap bermula dari tahun pembinaanya,1632 hingga tahun 1643. Kini cinta yang hampir sama telah diabdikan oleh seorang lelaki Australia bernama Yusof Abdullah,78, buat isteri tercintanya, Zaharah Kidam, 79. Rumah gadang bercirikan Minangkabau dan berkonsepkan warisan Penghulu Luak Jempol, telah dibina di Kampung Sri Rompin, Negeri Sembilan melambangkan cinta Yusof buat isterinya yang sanggup mengikutnya berhijrah ke Australia sejak tahun 1966. Demi memenuhi hasrat isterinya yang menginginkan rumah yang berkonsep ala resort dan mempunya ciri-ciri adat Negeri Sembilan, Yusof sanggup membina rumah tersebut yang berharga hampir Rm 4.5 juta dilengkap dengan rumah gadang, dewan, pejabat serta bilik penginapan dan ia mula dibina pada tahun 2016.

sumberHarianMetro