Soal keselamatan amatlah dititikberatkan oleh masyarakat sekitar Kampung Kuala Jempol ini. Aktiviti berkawal pada waktu malam oleh Rukun Tetangga bagi menghalang aktiviti jenayah dan aktiviti yang meragukan. Selain itu, rondaaan berkala oleh Polis Diraja Malaysia dari IPD Jempol,  Kuala Pilah dan Balai Polis Bahau juga menambah keyakinan penduduk terhadap soal keselamatan diri dan harta benda mereka.