Senarai Hospital besar dan Klinik berhampiran Kampung Kuala Jempol

 

1.Hospital Tengku Ampuan Najihah. (Hosp Kuala Pilah)

Hospital Kuala Pilah yang sedia ada telah dibina di Kilometer 3, Jalan Melang, Kuala Pilah bagi menggantikan hospital lama. Hospital ini yang berkonsepkan nukleus menyediakan perkhidmatan kepakaran dan mempunyai 314 buah katil. Pembinaan hospital ini bermula pada Disember 1990 dan siap pada Oktober 1994 dengan kos perbelanjaan berjumlah RM97.5 juta. Hospital Kuala Pilah merupakan hospital pakar kedua di negeri ini selepas Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan telah mula beroperasi pada 16hb Januari 1995.

Hospital ini memberikan perkhidmatan kepada lebih kurang 250,000 orang penduduk yang meliputi daerah-daerah Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Jempol. Selaras dengan perkembangan semasa, Hospital Kuala Pilah telah meluaskan perkhidmatan kepakarannya dalam 9 disiplin dengan baik dan lancar. Bidang kepakaran ini akan ditambah lagi dari masa ke masa seiring dengan arus perkembangan teknologi perubatan yang terkini.

KM 3 Jalan Melang

Kuala Pilah, Negeri Sembilan
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Tel: 06-4818001
Fax: 06-4818010

 

2.Hospital Jempol

Hospital Jempol merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri SembilanMalaysia.

Hospital Jempol dilengkapi dengan 100 katil dibina di Bandar Seri Jempol dengan kos RM85 juta dan siap 2004. Hospital ini akan berkhidmat bagi 120,000 penduduk yang berhampiran seperti di Negeri Sembilan dan Pahang. Selama ini penduduk terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah yang jauhnya 39 km atau di Hospital Seremban yang jaraknya 85 km.

Hospital Jempol
Bandar Sri Jempol,
72120 Jempol

No. Telefon : 06-4592000
No. Fax : 06-4581086

Sumber wikipedia