Puan Mazuri merupakan seorang pembantu guru di Tabika Kemas Kg Kuala Jempol. Beliau telah berkhidmat di Tabika KEMAS lebih 5 tahun. Tinggal di Kg Kuala Jempol bersama suami dan beberapa orang anaknya. Dalam kehidupan yang sederhana beliau memilih untuk berniaga bagi membantu pendapatan suaminya. Selain dari tuntutan kos kehidupan yang semakin mencabar ini, beliau tidak gentar untuk menceburi bidang perniagaan sehinggalah beliau mampu menghasilkan pelbagai jenis biskut  seperti Nestum, Coklat Chip, Tart Nenas dan sebagainya.