Nama : Nor Baizura binti Harun

Umur : 32 tahun

Ahli   : 2010

Latar Belakang

Puan baizura berasal dari bandar baru serting negeri Sembilan. Beliau mengasaskan perniagaan runcit di kedai runcit beliau yang diberi nama baizura mart. Beliau teah memulakan perniagaan semenjak tahun 2010 sehingga kini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

               Sebelum adanya PI, beliau kurang pengetahuan dalam bidang ICT dan tidak mahir menggunakan komputer. Selain itu, beliau kurang terdedah mengenai cara promosi perniagaan di laman sosial seperti Facebook, Blog dan Email.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

         Bermula dengan mengikuti kursus asas komputer Pusat Internet Kuala Jempol secara percuma, beliau telah belajar segala asas pengenalan komputer sehingga mahir. Selepas itu, beliau mengikuti latihan keusahawanan secara percuma sehingga membolehkannya mahir dalam menggunakan Email dan Facebook

Dengan adanya PI, sedikit sebanyak membantu beliau untuk mempromosi perniagaannya melalui Facebook dan Whatsapp beliau. Selepas berjaya mempromosikan perniagaanya, beliau dapati ada pertambahan dari segi pendapatan dan jumlah pelanggan.