Nama :Malisa Binti Hj Talib

Umur : 56 Tahun

Latar belakang

Puan Malisa merupakan usahawan yang telah berkecimpungan di dalam perniagaan kuih bahulu selama lebih kurang 5 tahun. Beliau membuat kuih bahulu dan biskut-biskut raya di rumahnya di Kampung Kuala Jempol.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini hanyalah membuat dan mengambil tempahan dari penduduk sekitar dan dalam kuantiti yang sedikit. Pendapatan beliau juga hanyalah sekitar Rm 3,000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beliau mempromosikan produk beliau di media sosial seperti Facebook, permintaan bagi kuih bahulu beliau meningkat kepada pelanggan di luar negeri. Beliau sering menerima tempahan buah tangan bagi pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, Aqiqah dan sebagainya.

Beliau juga telah menyertai sebagai usahawan jemputan ke PEDi Kampung Jemapoh bagi acara lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

NAMA   : NORIMAH BINTI ALIAS

UMUR  :54 TAHUN

TARIKH AHLI : 2010

 

Bentuk perniagaan :

  • Puan Norimah  merupakan perniaga makanan warung di Kuala Jempol dan menjadikan perniagaan mee siput sebagai perniagaan sampingannya. Perniagaan mee siput ini telah bertahan selama 6 tahun dan beliau menyediakan mee siput di rumah beliau sendiri

 

Latar belakang

Puan Norimah telah mula berniaga mee siput sejak 6 tahun yang lepas. Melalui perniagaan secara kecil-kecilan kini perniagaan beliau semakin maju. Beliau menghantar produk mee siput tersebut ke beberapa buah kedai di sekitar Kuala Jempol. Dari pembungkusan yang tiada pelekat sebagai pengenalan produk, kini beliau telah mempunyai pelekat sendiri dengan bantuan Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norimah tidak memiliki pelekat bagi penjenamaan sendiri. Kebanyakan mee siput Puan Norimah kurang dikenali kerana kurangnya pengenalan melalui penjenamaan Disebabkan beliau tidak mempunyai pelekat, produk yang dihasilkan tidak mendapat liputan ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah meminta pusat internet bagi membantu beliau membuat stiker bagi pengenalan dan penjenamaan, mee siput Puan Normah semakin dikenali ramai. Beliau mula menghantar mee siput yang dibuat ke kedai yang lain di sekitar Kuala Jempol

 

Nama : Ismail bin Harun

Umur : 51 tahun

Ahli   : 2016

 

Latar belakang

             En.Ismail Harun merupakan pengusaha perabot rotan yang telah bertapak di kampong Jemapoh selama hampir lebih 25 tahun. Perusahaan ini telah diambil alih oleh beliau dari abangnya yang telah meninggal dunia pada tahun 1992. Beliau pada asalnya bercita-cita ingin menjadi guru agama namun terpaksa memadamkan niatnya. Mula mempelajari teknik anyaman rotan dari abangnya yang bekerja sebagai pengajar kraf di Institute Kraftangan Malaysia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kurang pendedahan tentang cara untuk mempromosikan produk di Facebook. Sebelum ini, beliau hanya mempromosikan barangannya di facebook sendiri tanpa mengasingkan di laman yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

             Selepas menjadi ahli pusat internet, beliau mula mempelajari cara dan teknik mempromosikan di media sosial dengan cara yang betul. Beliau mula membuat laman facebook yang baru bagi mempromosikan barangan beliau dan ianyamendapat sambutan yang lebih menggalakkan.

 

 

 

NAMA   : NORZILA BINTI YUSUF

UMUR  :49 TAHUN

TARIKH AHLI : 2017

 

Bentuk perniagaan

Perniagaan puan Zila berkisarkan penjualan hasil penternakan dan perladangan seperti kambing biri-biri dan telur puyuh. Perniagaan yang diusahakan adalah secara kecil-kecilan yang dibuat bagi menambah pendapatan isi rumah. Terdapat kira-kira 20 ekor kambing yang diusahakan oleh beliau.

 

Latar belakang

Beliau hanya mengusahakan peternakan secara kecil-kecilan dan bercadang untuk menambahkan lagi bilangan haiwan ternakan terutama burung puyuh. Perniagaan Puan Zila telah bermula dari tahun 2016 sehingga kini bermula dari hanya 4 ekor kambing sehingga membiak lebih banyak. Beliau merupakan penduduk Kg Kuala Jempol dan sering menghadiri program di pusat internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya mempromosikan kambing biri-biri dan telur burung puyuh pada kenalan yang terdekat yang mengenali puan Zila serta keluarga. Pendapatan yang diperolehi juga hanya apabila ada pembeli yang membeli hasil ternakan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

           Atas bantuan pusat internet, beliau belajar mempromosikan kambing biri-biri dan hasil ternakan beliau secara atas talian. Selain itu, staf pusat internet juga turut mempromosikannya di halaman fb Pusat Internet Kuala Jempol selain memperkenalkannya secara peribadi.

 

KEUSAHAWANAN :- Muhammad Hanif Bin Abdullah

Nama

: Muhammad Haniff bin Abdullah

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2014

Latar Belakang

En. Hanif merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari UUM. Tidak gentar untuk menceburi bidang perniagaan kerana minatnya yang mendalam sejak zaman universiti lagi. Sebelum ini, beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan seperti tempahan kek, kuih raya, tshirt dan sebagainya. Namun begitu, perniagaan kali ini berasaskan produk kesihatan dan kecantikan. Perniagaannya dilakukan secara sampingan sahaja atas dasar minat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Kurang pendedahan tentang cara untuk promosikan produk di Facebook Page dan Instagram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

            Beliau mendapat dorongan dan khidmat nasihat dari petugas PI N.Sembilan terutama dari Kluster Jempol untuk meneruskan perniagaannya. PI banyak membantu beliau untuk mempromosikan produk melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram. Masa yang terluang digunakan untuk mencari pelanggan baru, berkongsi tips dan testimoni di media sosial. Selain itu, penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti juga sebagai medium untuk mempromosikan produknya di atas talian. Dengan kelajuan internet di PI, memudahkan urusan tugasnya untuk berkomunikasi dengan pembekal , agen dan pelanggan.