• PENGENALAN LOKASI
    • - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol telah dibuka di sebuah kawasan yang dinamakan 'Dataran Kuala Jempol'.  Kuala Jempol merupakan sebuah mukim yang terletak dalam Daerah Jempol, yang mana ciri kawasannya adalah sebuah kampung kecil yang bersebelahan dengan kampung-kampung kecil yang lain.
    • -Tapak asal pusat ini adalah merupakan sebuah bangunan balai raya yang telah diubahsuai dan dibaik pulih infrastrukturnya menjadi pusat komputer. Lokasinya agak strategik memandangkan ia terletak di tepi laluan jalan raya utama yang menghubungkan pekan Juasseh ke bandar Bahau. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Balai Raya Baru Kuala Jempol yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Jempol.
    • VISI
    • - Menarik minat masyarakat  setempat supaya mempelajari dan menanam sifat minat terhadap penggunaan komputer di alaf moden kini, agar masyarakat khususnya di luar bandar mahir menggunakan aplikasi komputer dan celik IT.
    • MISI
    • - Memberi pendedahan dalam pengetahuan selok-belok asas penggunaan komputer merangkumi perisian Microsoft Office (word, power point, excell), melayari internet dll.
    • - Menyediakan kursus secara berterusan kepada masyarakat yang berminat secara percuma melalui kaedah pembelajaran secara tipikal dan kritis.
    • -  Bisnes tanpa sempadan.
    • OBJEKTIF UMUM
    • - Melahirkan generasi yang celik pengetahuan dalam bidang komputer dan IT, sejajar dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi sebuah negara membangun.
    • - Menarik minat lebih ramai golongan masyarakat desa yang selama ini meminggirkan kepentingan komputer.
    • - Memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar, di mana majoritinya tidak berkemampuan memiliki komputer peribadi di rumah.
    • - Sebagai satu inisiatif baru dalam menarik minat golongan belia terhadap prospek baru.
    • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
    • - Kursus kepada semua peringkat usia yang berminat secara percuma kepada ahli PEDi mengikut jadual yang akan ditetapkan.
    • - Penggunaan internet selepas waktu bekerja dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan.
    • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol beroperasi setiap hari kecuali pada waktu-waktu tertentu yang akan dinyatakan
  •