Tentang Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan (juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus) adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan .

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal MinangkabauSumatera BaratIndonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada 9 negeri seperti JoholJelebuKlangSungai UjongNaning,RembauJelaiSegamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.[2]

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

  • Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung (tangga ke-8)
  • Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung (tangga ke-10)
  • Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port DicksonRembauTampinJelebu dan Jempol.

 

sumber dari wikipedia Negeri Sembilan.