Bukit Taisho yang terletak 5km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol sememangnya menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat pedaki amatur. Jadi ia sesuai didaki oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

 



Artikel Penuh: https://www.orangnogori.com/bukit-taisho-tempat-lihat-awan-karpet-di-bahau.html

© orangnogori.com

 credit : blog orangnogori