KUALA PILAH: Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini.

Mula dibuka kepada umum sejak dua bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak.

Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Okt lepas.

 

 

 

*sumber:blogAstroAwani