AIR TERJUN LATA KIJANG JELEBU N.SEMBILAN

  •  Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
  • Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit

  • Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang

  • Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.

  •  

    Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang.

  •  

    Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna

  Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain