TARIKH : 8 December 2019

WAKTU  : 3 petang -  6 petang

TEMPAT  : Pusat Internet Kuala Jempol

 

tujuan :

  • memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk menghasilkan keychain menggunakan kain felt. kelas ini adalah berpandukan youtube sambil dibimbing oleh petugas pusat internet. mereka juga dapat mengasah kretiviti diri masing masing untuk menghasilkan keychain yang menarik. boleh  klik disini untuk melihat gambar sekitar aktiviti berlangsung.

TARIKH : 7 December 2019

WAKTU  : 2 petang -  6 petang

TEMPAT  : Pusat Internet Kuala Jempol

 

tujuan :

kelas membuat Cheesetart yang dikendalikan di Pusat Internet Kuala Jempol merupakan usaha yang dilakukan oleh Pusat Internet Kuala Jempol bagi membantu bakal usahawan baru membuat produk sendiri bagi meningkatkan taraf hidup mereka dimasa hadapan. Dengan bantuan pengajar yang berkemahiran, peserta dapat mempelajari bagaimana cara yang betul untuk menghasilkan Cheestart yang berqualiti. klik disini untuk melihat gambar sekitar program berlangsung.

 

TARIKH : 23 November - 24 November 2019

WAKTU  : 10 pagi - 10 malam

TEMPAT  : Stadium Mini Kuala Pilah

 

tujuan :

  • Karnival Digital Malaysia ialah satu program di bawah kelolaan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). terdapat beberapa Pusat Internet dijemput untuk membuka booth disana. ini termasuk Pusat Internet Kuala Jempol sendiri. pelbagai hadiah disediakan oleh pihak SKMM. manakala aktiviti dan permainan disediakan oleh pihak Pusat Internet yang terlibat. program berlngsung selama 2 hari dari 23 november sehingga 24 november 2019. klik disini untuk melihat gambar sepanjang program berlangsung.

TARIKH : 17 November 2019

WAKTU  : 2 petang -  6 petang

TEMPAT  : Pusat Internet Kuala Jempol

 

tujuan :

kelas talam yang dikendalikan di Pusat Internet Kuala Jempol merupakan usaha yang dilakukan oleh Pusat Internet Kuala Jempol bagi membantu bakal usahawan baru membuat produk sendiri bagi meningkatkan taraf hidup mereka dimasa hadapan. Dengan bantuan pengajar yang berkemahiran, peserta dapat mempelajari tiga jenis talam seperti talam seri muka, talam keladi dan talam tokyo. klik disini bagi melihat gambar.

TARIKH : 14 November 2019

WAKTU  : 3.30ptg - 5.30ptg

TEMPAT  : Pusat Internet Kuala Jempol

tujuan :

  • E-pembelajaran kali ini ialah bersama pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Kuala Jempol. mereka diberikan sedikit latihan dan kemudian menjawan kuiz berdasarkan latihan tersebut. subjek yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Sains, dan matematik. klik disini untuk melihat gambar.

Sub-kategori