SELAMAT DATANG

 

KE PORTAL PUSAT INTERNET 

KUALA JEMPOL, JEMPOL

   Pusat Internet (Pi) Kuala Jempol, Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet  (Pi)merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Pusat Internet (Pi) Kuala Jempol secara rasminya telah memulakan operasi pada 1 Januari 2008, dan sehingga kini telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat di kawasan luar jangkau ini dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Sebanyak 12 Pusat Internet (Pi) rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pi sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan.  
  • WAKTU OPERASI
  • HARI: ISNIN – AHAD (7 HARI SEMINGGU)
  • MASA: 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
  • **TUTUP – HARI PELEPASAN AM
  • Kepada masyarakat setempat khususnya yang berminat bolehlah mendaftar kepada kami:
  • PUSAT INTERNET  Kuala Jempol (PI Kuala Jempol)
    Dataran Kg Kuala Jempol,
    72100 Bahau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.
    No. Tel : 0193793977/01128029472 (Pengurus & Pen. Pengurus)
    No. Fax:

     
    • PENGENALAN LOKASI
    • - PUSAT INTERNET   (Pi1M@CBC) Kuala Jempol telah dibuka di sebuah kawasan yang dinamakan 'Dataran Kuala Jempol'.  Kuala Jempol merupakan sebuah mukim yang terletak dalam Daerah Jempol, yang mana ciri kawasannya adalah sebuah kampung kecil yang bersebelahan dengan kampung-kampung kecil yang lain.
    • -Tapak asal pusat ini adalah merupakan sebuah bangunan balai raya yang telah diubahsuai dan dibaik pulih infrastrukturnya menjadi pusat komputer. Lokasinya agak strategik memandangkan ia terletak di tepi laluan jalan raya utama yang menghubungkan pekan Juasseh ke bandar Bahau. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Balai Raya Baru Kuala Jempol yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Jempol.
    • VISI
    • - Menarik minat masyarakat  setempat supaya mempelajari dan menanam sifat minat terhadap penggunaan komputer di alaf moden kini, agar masyarakat khususnya di luar bandar mahir menggunakan aplikasi komputer dan celik IT.
    • MISI
    • - Memberi pendedahan dalam pengetahuan selok-belok asas penggunaan komputer merangkumi perisian Microsoft Office (word, power point, excell), melayari internet dll.
    • - Menyediakan kursus secara berterusan kepada masyarakat yang berminat secara percuma melalui kaedah pembelajaran secara tipikal dan kritis.
    • -  Bisnes tanpa sempadan.
    • OBJEKTIF UMUM
    • - Melahirkan generasi yang celik pengetahuan dalam bidang komputer dan IT, sejajar dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi sebuah negara membangun.
    • - Menarik minat lebih ramai golongan masyarakat desa yang selama ini meminggirkan kepentingan komputer.
    • - Memberi kemudahan kepada masyarakat luar bandar, di mana majoritinya tidak berkemampuan memiliki komputer peribadi di rumah.
    • - Sebagai satu inisiatif baru dalam menarik minat golongan belia terhadap prospek baru.
    • PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
    • - Kursus kepada semua peringkat usia yang berminat secara percuma kepada ahli PI mengikut jadual yang akan ditetapkan.
    • - Penggunaan internet selepas waktu bekerja dengan bayaran perkhidmatan yang berpatutan.
    • - PI beroperasi setiap hari kecuali pada waktu-waktu tertentu yang akan dinyatakan

 



      • Terdapatnya perkhidmatan sampingan – fotostat, percetakan (print) dokumen, ‘scanner’, laminate, binding 

 

      • PROFIL PENGURUSAN PUSAT INTERNET  KG KUALA JEMPOL

      Nama

       :

      Zakiah Binti Bakri

      Jawatan

       :

      Pengurus PI

      Mula Bertugas

       :

      03 March 2018

      Asal

       :

      Negeri Sembilan

      Bangsa

       :

      Melayu

      Pendidikan

       :

      Universiti Teknologi Mara Shah Alam (Bachelor of Civil Engineering (Hons))

      Pengalaman Kerja

       :

      Malaysia Airport Holding 

      Harapan

       :

      Bidang IT dapat menjadi landasan kemajuan rakyat Malaysia sebagai masyarakat  bermaklumat

      Nama

       :

      Zuhaiza binti Alias

      Jawatan

       :

      Penolong Pengurus

      Mula Bertugas

       :

      4 July 2014

      Asal

       :

      Batu Kikir

      Bangsa

       :

      Melayu

      Pendidikan

       :

       University College of Shahputra Kuantan 

      Pengalaman Kerja

       :

       Penyelia IT di Pusat Jalur Lebar Tmn Tungku Puanchik

      Harapan

       :

       Menggalakkan penduduk menjadi masyarakat berilmu dalam pelbagai bidang terutama bidang ICT

 


      • AHLI JAWATANKUASA (AJK) PUSAT INTERNET  KUALA JEMPOL

 

  • Penaung
    YB Dato’ Haji Salim bin Sharif

    (Merangkap Ahli Parlimen Jempol)

     
    Penasihat

    Encik Nazari Bin Ismail

    (Pengerusi MPKK @ Ketua Kampung)
     

    Tuan Haji Aziz Bin Ahmad

    (Ketua Cawangan UMNO Kuala Jempol)

     

    Pengerusi
    En. Nazri Bin Yunus

    (Penghulu Mukim Jempol)

     

    Setiausaha

    Safaruddin Bin Urusli

      

    Bendahari

    Abdul Azim Bin Maamor

    (Pen. Pengurus PI)

     

    AJK

    Tuan Haji Musa Bin Salleh (Imam Masjid Kuala Jempol)

    Tuan Haji Maamor Bin Ismail
      • Puan Zaiton Binti Zainal (Guru Kemas Jempol)

        Puan Jeliah Binti Lihat

        Encik Nazari Bin Ismail

        Encik Jamaludin Bin Haji Omar (Wakil Belia Kampung Kuala Jempol)
      • Senarai di atas adalah lantikan ahli JKKK yang lepas. Sehingga kini belum ada lantikan baru dibuat walaupun beberapa nama sudahpun berundur/bersara.