Kemudahan Asas

  • JALAN RAYA

          Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi keperluan rakyat di Kuala Jempol. Jaringan jalan raya yang baik menghubungkan Kuala Pilah - Juasseh dan Bahau telah meningkatkan struktur ekonomi penduduk tempatan. Sekolah yang  dibina adalah untuk pendidikan anak-anak di Kuala Jempol ini.  Bekalan elektrik dan air bersih telah lama dinikmati oleh penduduk tempatan demi kehidupan seharian semenjak zaman 1960-an lagi. 

  • BEKALAN ELEKTRIK
360 buah rumah mempunyai bekalan elektrik daripada TNB.
 
  • BEKALAN AIR
360 buah rumah mempunyai bekalan air terawat SAINS. Dan

Terdapat 2 buah rumah yang masih mempunyai perigi

 

  • SISTEM PEMBENTUNGAN

360 buah rumah mempunyai Tandas Sanitasi sendiri

 

 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

Penduduk penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol tidak perlu risau untuk memikirkan pengangkutan untuk ke pekan. ini kerana sekarang telah banyak tersedianye perkhidmatan bus. kemudahan perhentian bas juga telah disediakan di sepanjang jalan yang menghubungkan Kuala Pilah-Juasseh dan Bahau. penduduk juga mudah jika mereka ingin ke seremban atau Kuala Lumpur. ini keran telah adanye perkhidmatan bas express dari Bahau terus ke Seremban dan Kuala Lumpur.

Jika penduduk ingin ke pekan Bahau, tambang yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu hanya rm1 sahaja. masa laluan untuk setiap bas adalah satu jam sekali. jadi penduduk tidak perlulah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan bas.