Nama : Mohammad Nizam Bin Jamaludin

Bentuk perniagaan : Membaiki Motosikal

Latar belakang

               Encik Nizam memulakan perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan di rumah iba bapa beliau di Felda Bukit Rokan Barat. Beliau memulakan perniagaan ini dari modal yang kecil sehinggalah sekarang beliau mampu memajukan perniagaan ini menjadi lebih besar. Berkat kesungguhan beliau dalam memajukan perniagaan ini, kini beliau mempunyai ramai pelanggan bukan sahaja dari Felda Bukit Rokan Barat malah dari luar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Beliau masih berusaha untuk mengumpul modal bagi membesarkan lagi bengkel motor beliau yang telah diusahakan selama tujuh tahun atas faktor pelanggan yang semakin bertambah sehingga perlu bengkel yang lebih besar untuk menyimpan barang pembaikan dan sebagainya. Selain itu beliau juga merancang untuk membeli mesin yang lebih baik bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan motor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

               Beliau dibantu oleh Rakan Digital bagi memperolehi dana atau geran Usahawan bagi membolehkan beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau menjadi lebih maju selain membantu meningkatkan kualiti kerja dengan bantuan mesin baru melalui pembelian dengan menggunakan Geran Usahawan Negeri Sembilan sebanyak RM 3,000.00.

 

WhatsApp-Image-2024-06-30-at-11.11.34     WhatsApp-Image-2024-06-30-at-11.17.07

Nama : Nurulain Binti Abdul Razak

Umur : 34 Tahun

Latar belakang

Puan Ain merupakan seorang suri rumah. Selain itu dia turut mengendalikan satu perniagaannya yang berasaskan peria dan bayam sebagai sumber sampingan pendapatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Beliau cuma mempromosikan produk bayam crispy dan peria crispy kepada kawan-kawan dan saudara terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Puan Ain mendapat latihan daripada NADI Kuala Jempol dengan mempromosikan perkhidmatan beliau di dalam shopee. Beliau juga kini, sudah berkahwin dan meneruskan jualan produknya melalui platform whatsapp, facebook dan shopee.

 216503771 4050100691769076 4294384334273453256 n   307429425 5330543733724759 6927402796127726113 n  WhatsApp-Image-2024-06-06-at-15.16.59-1

Nama : Zulkifli Mohammad Bin manaf

Umur : 64 Tahun

LATAR BELAKANG

Encik Zul merupakan penduduk Kampung Kuala Jempol yang telah mencapai usia emas namun sering hadir ke PEDi Kuala Jempol bagi membuat kerja-kerja bendahari untuk persatuan dan koperasi badan berpolitik. Beliau sering hadir ke PEDi Kuala Jempol bagi menyelesaikan tugasan akaun dan surat.


SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDI

Beliau tidak tahu cara menggunakan Whatsapp Web dan PDF filter bagi memudahkan beliau menghantar dokumen dan mengolahnya.


SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDI

En.Zulkifli telah mempelajari cara mengolah dokumen PDF dengan hanya menggunakan aplikasi atas talian selain mempelajari cara menghantar dokumen dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web.

Nama : Arif Hakimi Bin Bakri

Umur : 22 Tahun

Latar belakang

Encik Arif merupakan seorang pelajar dalam bidang perguruan di Terengganu. Beliau membuat khidmat sebagai jurugambar kerana minatnya terhadap fotografi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Beliau cuma mempromosikan perkhidamatannya cuma di paltform whatsapp bagi mencari pelanggannya yang ingin mengambil perkhidmatan gambar seperti gambar perkahwinan, hari jadi dan juga majlis-majlis keramaian/

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Encik Arif mendapat latihan daripada NaDi Kuala Jempol dengan mempromosikan perkhidmatan beliau di dalam media sosial seperti di facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga kini, masih bergelar pelajar sambil mencari pendapatan sampingan dengan menjadi fotigrafi dan giat menjalankan perkhidmatannya pada masa cuti semester dan cuti mingguan.

 

WhatsApp-Image-2024-03-16-at-12.29.55-1   WhatsApp-Image-2024-03-16-at-12.29.55

 

Nama : Athilah Sofia Binti Shamsuddin

Umur : 18 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Adik Athilah Sofia merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Pelajar yang sering hadir ke PEDi Kuala Jempol untuk mempelajari asas penggunaan bagi Microsoft word, powerpoint dan excel. Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik.


SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NaDi

Adik Athilah kurang mengetahui kemahiran menggunakan Microsoft word untuk menyiapkan tugasan sekolah.Adik Athilah datang ke Pedi Kuala Jempol untuk menyertai kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak PEDi.


SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NaDi

Petugas PEDi Kuala Jempol memberi tunjuk ajar kepada adik Athilah bagaimana cara menggunakan Microsoft word secara asas yang memudahkannya untuk membuat tugasan yang diarahkan. Adik Athilah juga mendapat lebih ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada tuisyen yang diadakan. Suasana pembelajaran secara atas talian membuatkan adik Athilah bersemangat untuk datang ke Pedi Kuala Jempol menyertai program lain yang dianjurkan di Pedi Kuala Jempol