• Landasan dibuka pada : 4 April 1910
  • Pembukaan rasmi : -
  • Pembiayaan : -
  • Status : sudah dibongkah sebelum WW II
  • Panjang landasan : 21.7 Km

Landasan keretapi dari Bahau ke Kuala Pilah secara rasmi telah di buka pada tahun 1910.Tujuan utama pembinaan adalah untuk mengangkut barangan komoditi tempatan dan juga penumpang , walaubagaimanapun selepas jalan raya yang menghubungkan antara dua daerah tersebut siap landasan ini tidak lagi digunakan.

     

Bekas bangunan stesen (boleh dilihat sehingga hari ini) yang sebelum ini

digunakan sebagai pejabat atau rumah kedai sekarang ini ditinggalkan kosong.

 

sumber artikel : www.malayarailwail.com

KUALA PILAH: Bukit Baginda di Kampung Majau dekat sini secara tiba-tiba menjadi popular ekoran memiliki Wave Rock atau Batu Berombak yang cukup unik, yang merupakan daya tarikan baharu di daerah ini.

Mula dibuka kepada umum sejak dua bulan lepas, ia memberi peluang kepada masyarakat luar untuk melihat sendiri keunikan batu berkenaan yang berbentuk bulat dengan sebahagian daripadanya memiliki tekstur beralun seperti ombak.

Wave Rock yang terletak di puncak Bukit Baginda, iaitu 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan memiliki ketinggian 450 meter, telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 1,000 orang sejak ia dibuka 6 Okt lepas.

 

 

 

*sumber:blogAstroAwani

KAMPUNG PADANG LALANG.

Terletak bersebelahan dengan Kampung kuala Jempol, dalam Kampung Padang Lalang ini, terdapat pemandanagn yang indah berlatar belakangkan pemandangan sawah padi yang luas dan menghijau. ramai juga yang menjadikan tempat ini salah satu tempat untuk rekriasi. pemandangan yang indah ini sesuai di jadikan tempat untuk berjoging pada waktu pagi mahupon petang. sangat nyaman. kami akan menyajikan anda dengan gambar pemandangan tersebut tidak lama lagi.

 

HOMESTAY MUDIN HASSAN.

Jika ada pelancong yang ingin bermalam, di kawasan sekitarnya terdapat satu homestay yang agak terkenal. homestay tersebut dikeanali dengan nama Mudin Hassan Homestay. homestay ini menjanjikan perkhidmatan yang terbaik disamping kawasannya yang sanagt selesa. homestay ini juga telah berdaftar dengan salah sebuah syarikat hotel services yang terkenal iaitu Agoda. jadi keoada sesiapa yang berminat untuk bermalam disini anda boleh lah menempah melalui Agoda.

 

 


 

KAWASAN PERKELAHAN JERAM TOI.

Terletak sejauh 28km dari Seremban dan 12km dari Pekan Kuala Klawang.

Tarikan utama :
Air Terjun 7 tingkat (Sungai Batang Toi) ,
  • Laluan Tracking menuju ke Gunung Telapak Buruk ,
  • Terdapat tapak perkhemahan untuk 50 peserta ,
  • Lengkap dengan kemudahan tandas &  surau ,
  • bilik persalinan serta ‘boardwalk’.
Terdapat gerai-gerai makanan disediakan untuk peniaga meniaga .
Terdapat kolam mandi untuk kanak-kanak serta papan lungsur bagi kanak-kanak.
Aktiviti yang disediakan selain mandi-manda ialah :
  • berkelah , 
  • trekking , 
  • berkhemah , 
  • penyelidikan dan sight-seeing.

Nama Jeram Toi . 
Asal nama Toi adalah daripada nama Tok Batin Orang Asal yang menghuni kawasan hutan ini pada masa dahulu iaitu Tok Batin Toi . 
DARAT
 
Terdapat 3 laluan utama untuk ke Daerah Jelebu:
  • Seremban - Kuala Klawang
  • Jempol - Simpang Pertang
  • Genting Peras – Titi
 
Dari Seremban – Air Terjun Jeram Toi
Melalui jalan yang dikenali sebagai Bukit Tangga sekiranya dari Bandar Seremban dan akan melalui perkampungan Melayu tradisional di kiri kanan jalan sepanjang laluan ke  Air Terjun Jeram Toi dan hanya mengambil masa 30 minit sahaja .
 
Dari Jempol – Simpang Pertang
Sekiranya dari daerah Jempol, pengunjung boleh menggunakan jalan Simpang Pertang melalui jalan Bukit Petasih ke pekan Kuala Klawang untuk ke Jeram Toi dan  hanya mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan.
 
Dari Genting Peras – Titi
Satu lagi jalan alternatif yang digunakan sekiranya pengunjung datang dari Kuala Lumpur. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit untuk ke Pekan Kuala Klawang akan menyaksikan pemandangan yang menarik dengan kehijauan bukit bukau untuk terus ke Jeram Toi .

Sesuai untuk beriadah bersama keluarga dihujung minggu atau cuti² sekolah ini dengan kos yang rendah . Kawasan yang dikelilingi alam rimba penuh dengan flora dan fauna yang terpelihara 



HUTAN LIPUR ULU BENDUL

Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan lading kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.

   

Melawat Muzium Diraja Istana Seri Menanti.

Istana Diraja Seri Menanti terletak di Bandar Diraja Seri Menanti kuala pilah. istana ini telah dibuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku.dibina pada tahun 1902 istana ini memiliki ciri ciri binaan minangkabau yang unik. warna hitam bangunan ini membuatkan ia tersergam indah dari jauh. bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai 99 tiang kayu keras yang mempunyai tinggi 65 kaki. pelbagai motif bunga bungaan telah diukir di tiang belian istana ini.

kini, istana yang dulunya dijadikan kediaman khas diraja telah dijadikan muzium diraja khas. orang ramai boleh lah berkunjung dan melihat pameran yang ada disini. meraka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan diraja boleh dtang melawat dan bercuti di muzium ini.

   


AIR TERJUN LATA KIJANG JELEBU N.SEMBILAN

  •  Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha.
  • Hutannya adalah dari jenis hutan Dipterokarpa Bukit

  • Sejauh 78 km dari bandar Seremban dan 45 km dari pekan Kuala Klawang

  • Tarikan utama kawasan hutan ini adalah air terjun Lata Kijang setinggi 80 meter merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan, Gunung Besar Hantu (1462m), Gua Semong dan Gua Harimau, serta perkampungan Orang Asli.

  •  

    Hutan Lipur Lata Kijang menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang.

  •  

    Ia dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna

  Tempat ini sesuai untuk mereka yang cintakan kehidupan semula jadi kerana ianya kaya dengan kehidupan flora dan faunanya. Kepada pengunjung yang berhasrat untuk membuat penyelidikan, tempat ini begitu strategik sekali kerana kepelbagaian burung, tumbuhan, dan hidupan liar di sini memang tidak dapat dinafikan lagi. Keunikan hutan lipur ini adalah, kebanyakan daripada spesies tumbuh-tumbuhan di sini sukar ditemui di tempat lain

 


 

Teratak Za'ba

Teratak Za'ba adalah merupakan sebuah memorial khas seorang pendeta atau dikenali dengan nama Bapa Persuratan Bahasa Melayu yang menempatkan pelbagai informasi sejarah tentang perjuangan Za'ba. Za'ba atau nama penuh beliau Zainal Abidin bin Ahmad , seorang tokoh intelektual negara yang telah banyak berjasa kepada negara satu ketika dahulu.

 

Bukit Taisho yang terletak 5km atau 10 minit dari Pekan Bahau, Jempol sememangnya menjadi tumpuan buat orang awam melakukan aktiviti riadah di hujung minggu khususnya. Dengan ketinggian lebih kurang700 meter serta serta jarak lebih kurang 1.7km (30 minit) untuk sampai ke puncak sememangnya sesuai bagi mereka yang ingin berjinak-jinak untuk mendaki. Kawasan bukit ini ialah kawasan ladang kelapa sawit di mana hampir keseluruhan denainya adalah laluan kenderaan untuk mengangkat buah kelapa sawit. Boleh dikatakan tahap kesukaran mendaki bukit ini ialah mudah buat pedaki amatur. Jadi ia sesuai didaki oleh semua golongan masyarakat yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

 



Artikel Penuh: https://www.orangnogori.com/bukit-taisho-tempat-lihat-awan-karpet-di-bahau.html

© orangnogori.com

 credit : blog orangnogori