Sekolah Kebangsaan Tunku Muda atau nama ringkasnya SK Tunku Muda, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Serting Kampong Bukit Laka.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tunku Muda memiliki 357 pelajar lelaki dan 351 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 708 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.

Alamat

Sekolah Kebangsaan Tunku Mud
Serting Kampong Bukit Laka
72100, Bahau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064543786
Fax = 6064544905
*sumber dari google

Pondok Ar-Raudhah adalah inisetif kerajaan untuk memperluaskan lagi syiar islam dikalangan orang-orang awam di negeri ini. pondok ini dibina diatas tanah yang telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). 

Pondok ini juga berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ia memberi peluang kepada orang awam untuk mendalami ilmu al-Quran di bawah bimbingan guru yang berpengalaman dan berkelayakan. 

Antara pengisian yang diadakan di pondok tersebut adalah Qiamullail, majlis zikir, pengajian kitab, kuliah, tadarus, tilawah al-Quran serta himpunan ahbab.

 

PT 1464 @ 1465 JALAN JUASSEH BAHAU, 72100 BAHAU NEGERI SEMBILAN.

013-395 7924

pondok-arraudhah.jpg - 90.72 kB

 

 

Sekolah Kebangsaan Jempol.

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890-an. Ia merupakan sekolah Melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Mengikut cerita Tn Hj Ismail, (Imam Masjid Kariah Kg Kuala Jempol dan penduduk tertua Kg Kuala Jempol) tapak asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Jumlah murid yang bersekolah pada penghujung tahun 1890-an, terdapat seramai 15 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri.

Tahap pelajaran tertinggi ketika itu adalah Darjah Empat. Antara keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Mata pelajaran yang diajar ketika itu lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, Jawi, Ilmu Hisab, Agama Islam, ilmu bercucuk tanam dan Ilmu anyaman.

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat sekitar tahun 1930 hingga 1940 ialah Tn. Hj Arsad Bin Lajim, Tn. Hj Bador Bin Hassan dan Tn. Hj Sulaiman Bin Hadi. Pn Hajah Noraini Bt Ahmad merupakan guru besar yang telah berkhidmat sejak tahun 2009 sehingga kini.

Sekolah Kebangsaan Jempol
Kod              : NBA 6004
Gred             : A
Kategori       : Luar Bandar
Telefon/Faks : 064544845
E-mail           : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
web              : www.jempolsk.cjb.net 

 


 

 

Kolej Vokasional Juasseh

 

Kolej Vokasional Juasseh atau nama lamanya Sekolah menengah  Juasseh, merupakan sebuah Sekolah menengah tinggi yang terletak di Jalan Batu Kikir,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Juasseh memiliki 262 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 367 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Jenis sekolah ialah sekolah bantuan penuh kerajaan dan bukan asrama penuh. Menawarkan pendidikan menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5.

Sekolah ini berkeluasan 30.5 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pekan terdekat adalah pekan Juasseh dan Batu Kikir manakala bandar terdekat pula adalah Kuala Pilah dan Bahau.

Jarak sekolah dari bandar terdekat adalah 12km manakala dari pejabat pelajaran daerah pula adalah 11km. Sekolah pada asalnya dikelilingi ladang getah tetapi kini telah diganti dengan kelapa sawit dan kawasan perumahan.

Sekolah ini asalnya adalah sebuah estet dan terdapat beberapa buah rumah pekerja termasuk rumah pengurus estet. Sebelum terbinanya estet, sekolah ini merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun.

Bangunan asal sekolah ini dibina di bawah Colombo Plan. Pada tahun 1984 cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang dan guru pula seramai 10 orang

Sekolah ini mula mendapat bekalan air dan elektrik pada 20 Februari 1984. Pada awal penubuhan sekolah ini, beberapa peralatan seni perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Za’aba dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.

Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada:- • 2 buah blok bilik darjah dan pentadbiran • 1 buah dewan besar • 8 buah bengkel • sebuah makmal sains • 3 blok asrama