Sekolah Kebangsaan Jempol.

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890-an. Ia merupakan sekolah Melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Mengikut cerita Tn Hj Ismail, (Imam Masjid Kariah Kg Kuala Jempol dan penduduk tertua Kg Kuala Jempol) tapak asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Jumlah murid yang bersekolah pada penghujung tahun 1890-an, terdapat seramai 15 orang murid dan 4 orang tenaga pengajar. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang. Sehingga kini, SK Jempol telah banyak berubah. Anda pasti dapat melihatnya sendiri.

Tahap pelajaran tertinggi ketika itu adalah Darjah Empat. Antara keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu yang dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Mata pelajaran yang diajar ketika itu lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, Jawi, Ilmu Hisab, Agama Islam, ilmu bercucuk tanam dan Ilmu anyaman.

Antara Guru Besar yang pernah berkhidmat sekitar tahun 1930 hingga 1940 ialah Tn. Hj Arsad Bin Lajim, Tn. Hj Bador Bin Hassan dan Tn. Hj Sulaiman Bin Hadi. Pn Hajah Noraini Bt Ahmad merupakan guru besar yang telah berkhidmat sejak tahun 2009 sehingga kini.

Sekolah Kebangsaan Jempol
Kod              : NBA 6004
Gred             : A
Kategori       : Luar Bandar
Telefon/Faks : 064544845
E-mail           : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
web              : www.jempolsk.cjb.net