Meq Nor Kitchen  menyajikan pelbagai jenis ‘Western Food’, Nasi Kerabu, Roti John Leleh, Nasi Goreng Butter, Pelbagai Jenis Milk Shake dan Jus Buah-buahan dan lain-lain lagi. Menu-menu istimewa setiap hari juga dihidangkan setiap hari. Di samping juadah istimewa yang disajikan harga juga berpatutan.Kedudukan kedai yang strategik iaitu berhadapan dengan stesen minyak petron bahau. boleh klik disini untuk melihat gambar Meqnor Kitchen Bahau.

Restoran Bunga Raya Utama adalah sebuah restpran yang dibangunkan oleh Puan Noraini binti Hj Yusuf. Restoran ini telah bertapak di pekan Bahau seawal tahun 2000 dan telah semakin maju sehingga ke hari ini. restoran ini menjadi tempat tumpuan terutamanya pada waktu tengah hari. ramai pengunjung memilih restoran ini sebagai tempa menjamu selera kerana disini menyediakan pelbagai menu makan tegah hari yang enak. terutamanya menu makanan kampung. jadi pada sesiapa yang berkunjung ke pekan bahau, boleh lah datang dan mencuba sendiri aneka lauk direstoran ini. lihat sini untuk kehalaman Facebook beliau. 

No automatic alt text available.

Tempat makan menarik kali ini ialah Waghih D Western yang bertempat di Taman Serting Jaya Bahau Negeri sembilan. menyediakan pelbagai menu menarik. bukan sahaja makanan western, makanan panas seperti nasi dan mee goreng jugan terdapat disini. warung makan yang santai amat sesuai menjadi tempat menjamu selera sekeluarga bagi yang gemar makanan western. jadi, pada mereka yang ingin mencuba bolehlah datng ke kedai Waghih D Western.  klik di sini untuk menjenguk Facebook Page mereka.

Waghih D Western

Taman Serting Jaya, Bahau

011-16280780

Dibuka setiap hari kecuali Ahad.

 

Selain dari Cendol Retro, Cendol Haji Sharif juga terkenal di kalangan penduduk negeri sembilan terutamanya sekitar Seremban. kepada peminat tegar cendol, bolehlah datang dan mencuba sendiri keenakan cendol disini. anda boleh melihat pendapat mereka yang telah berkunjung di restiran cendol ini disini. selamat mencuba dan menjamu selera !

Alamat : 44, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

no untuk dihubungi : 06-7628505

dibuka sehingga pukul 6 petang.

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa kepada para pembaca portal Pi1M Kampung Kuala Jempol yang dirahmati Allah sekalian. sperti yang kita sedia maklum, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang kaya dan popular dengan adat perpatih. ''Biar mati anak, jangan mati adat'', adalah sepotong ayat yang menggambarkan betapa pentingnya adat di dalam masyarakat di negeri sembilan ini. 

Selain dari popular dengan adat perpatih, negeri sembilan juga ada makanan tradisionalnya yang tersendiri. antara yang paling popular adalah masakan lemak cili api. dikatakan, masakan ini adalah salah satu masakan yang wajib ada di dalam hidangan bagi masyarakat jati negeri sembilan. dan yang menjadi ''trademark'' nya adalah, masakan itu harus pedas. hidangan yang paling digemari adalah ayam masak lemak cili api berserta nangka muda. jika ingin lebih sedap ayam itu haruslah ayam kampung yang diternak sendiri tanpa ada sebarang suntikan. Terdapat banyak restoran-restoran yang kini menyajikan hidangan ini. Selamat mencuba !

 

 

Assalamualaikum. anda masih ingat dengan rancangan makan popular iaitu Jalan Jalan Cari Makan? yang di hoskan oleh Maria Tengku sabri pada satu ketika dahulu. rancangan yang sentiasa memperkenalkan tempat tempat makanan menarik di seluruh Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali. Antara tempat menarik yang telah menjadi pilihan JJCM TV3 ialah di Restoran Mama World di Seremban 2. lokasinya betul-betul di belakang bangunan Famly Store. kedai makan yang popular dengan masakan lemak cilik api nogori ini telah beroperasi lebih 10 tahun.

kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 11 hingga 12 tgh malam. antara menu masakan kampung orang nogori yang terdapat disini ialah. masak lemak cili api pucuk ubi, masak lemak sembilang salai bacang muda,  rendang daging pucuk maman dan banyak lagi. bagi yang ingin bercuti di negeri sembilan jangan lupa mencari restoran ini jika anda berkunjung ke seremban.

*sumber dari google


 

Restoran Wadi Ar-Raudhah memang besar dan menyediakan lauk pauk sehingga 40 jenis masakan termasuk masakan - masakan popular Negeri Sembilan. seperti di Mama World juga, pelbagai aneka jenis masak lemak cili api yang ada disini seperti ayam gulai nangka, ikan sungai, burung puyuh, aneka ulaman dan sebagainya. selain itu, masakan lauk pauk dari negeri lain juga ada disediakan disini.

Restoran ini juga adalah restoran pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang popular di TV3. jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri sembilan, dan ingin mencari tempat makan yang enak, disini lah tempatnya. disini kami sediakan alamat lengkap restoran Wadi Ar-Raudhah supaya mudah anda untuk mencarinya.

Wadi Ar-Raudhah, no1 jalan sri rahang 1, taman sri rahang,

70100 Seremban Negeri Sembilan. 0134782477,014-5095046,019-3508426

 

*sumber google