Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa kepada para pembaca portal Pi1M Kampung Kuala Jempol yang dirahmati Allah sekalian. sperti yang kita sedia maklum, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang kaya dan popular dengan adat perpatih. ''Biar mati anak, jangan mati adat'', adalah sepotong ayat yang menggambarkan betapa pentingnya adat di dalam masyarakat di negeri sembilan ini. 

Selain dari popular dengan adat perpatih, negeri sembilan juga ada makanan tradisionalnya yang tersendiri. antara yang paling popular adalah masakan lemak cili api. dikatakan, masakan ini adalah salah satu masakan yang wajib ada di dalam hidangan bagi masyarakat jati negeri sembilan. dan yang menjadi ''trademark'' nya adalah, masakan itu harus pedas. hidangan yang paling digemari adalah ayam masak lemak cili api berserta nangka muda. jika ingin lebih sedap ayam itu haruslah ayam kampung yang diternak sendiri tanpa ada sebarang suntikan. Terdapat banyak restoran-restoran yang kini menyajikan hidangan ini. Selamat mencuba !