Nama : Junaedah Binti Saini

Umur : 34 Tahun

Latar belakang

Puan Junaedah mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual di medium atas talian seperti whatsapp, facebook dan rakan terdekat sahaja. Puan Junaedah menjadikan perniagaannya sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga bagi membantu meringankan beban suaminya.Pada mulanya, Puan Junaedah berkerja dan mengambil keputusan untuk berhenti kerana memilih untuk memberi tumpuan kepada perniagaan tudung yang diusahakan disebabkan minat dalam bidang perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Kurangnya pendedahan bagaimana menambah pembeli selain dari kenalan dan jiran terdekat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Staff PEDi Kuala Jempol mengajar beliau bagaimana mempromosikan produk beliau selain daripada status whatsapp dan media sosial Facebook. Puan Junaedah telah belajar cara membuka akaun shopee dan mula berniaga di platform lain dari sebelumnya. Beliau juga diajar tentang cara membuat catatan untung rugi menggunakan buku. Pelanggan yang membeli tudung semakin bertambah selepas beliau menggunakan kaedah promosi atas talian dan mendapat lebih permintaan dari sebelumnya.