Nama : Mohammad Nizam Bin Jamaludin

Bentuk perniagaan : Membaiki Motosikal

Latar belakang

               Encik Nizam memulakan perniagaan ini bermula secara kecil-kecilan di rumah iba bapa beliau di Felda Bukit Rokan Barat. Beliau memulakan perniagaan ini dari modal yang kecil sehinggalah sekarang beliau mampu memajukan perniagaan ini menjadi lebih besar. Berkat kesungguhan beliau dalam memajukan perniagaan ini, kini beliau mempunyai ramai pelanggan bukan sahaja dari Felda Bukit Rokan Barat malah dari luar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Beliau masih berusaha untuk mengumpul modal bagi membesarkan lagi bengkel motor beliau yang telah diusahakan selama tujuh tahun atas faktor pelanggan yang semakin bertambah sehingga perlu bengkel yang lebih besar untuk menyimpan barang pembaikan dan sebagainya. Selain itu beliau juga merancang untuk membeli mesin yang lebih baik bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan motor.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

               Beliau dibantu oleh Rakan Digital bagi memperolehi dana atau geran Usahawan bagi membolehkan beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau menjadi lebih maju selain membantu meningkatkan kualiti kerja dengan bantuan mesin baru melalui pembelian dengan menggunakan Geran Usahawan Negeri Sembilan sebanyak RM 3,000.00.

 

WhatsApp-Image-2024-06-30-at-11.11.34     WhatsApp-Image-2024-06-30-at-11.17.07