Nama : Norasyikin Binti Mohamad

Umur : 43 Tahun 

 

Bentuk Perniagaan:

Usahawan sampingan. Beliau mengusahakan perniagaan pakaian bundle bersama suami. Menjual produk beliau kepada peminat-peminat pakaian berjenama yang berminat.

Latar belakang

 

Suami Puan Syikin iaitu Encik Asmawi merupakan pekerja di Pos Malaysia yang bertanggungjawab menghantar surat dan bungkusan kepada penerima. Memulakan perniagaan pakaian bundle pada tahun 2019 dan hanya berniaga di perkarangan rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau sebelum ini tidak menerima pelanggan selain dari penduduk setempat dan pendapatan dari jualan pakaian bundle beliau kurang memberansangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas beliau mempromosikan produk beliau di media sosial seperti Facebook, permintaan pakaian bundle yang diusahakan semakin meningkat. Ramai pembeli dari luar Negeri Sembilan yang membeli dari beliau melalui media sosial Facebook terutamanaya peminat-peminat yang tersendiri.