Puan Ruzizan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan pastri dan kek sebelum membuat kuih kapit dan biskut kelapa secara konsisten. Pada mulanya, beliau menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat dan ingin membantu suami beliau dalam menambahkan pendapatan dan kini perniagaan beliau telah berkembang maju sehingga ada syarikat yang mengambil produk puan ruzizan sebelum dijenamakan semula. Kini produk kuih kapit terdapat pelbagai perisa seperti perisa kacang dan coklat.