LEMANG JEMPOL SDN BHD

Ismail Yatim, 65, seorang pesara yang telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan sejak tahun 90an lagi. beliau mendapat kekuatan dari isterinya bagi menjalankan perniagaan bersasaskan makanan tradisional iaitu Lemang dan rendang. bertitik tolak dengan modal sendri, maka tertubuhnya Lemang Jempol Sdn Bhd.

Beliau memulakan langkah menjual lemang dan rendang di tapak-tapak pasar tani meliputi Kuala Pilah dan Batu Kikir Negeri Sembilan. oleh sebab mendapat smbutan yang tinggi, beliau mendapat tempahan menggalakkn ketika musim perayaan, majlis kenduri kendara dan lain-lain. beliau juga tidak menyangka apabila mendapat tempahan dari golongan VIP dari Putrajaya, IPD Seremban dan lain-lain.

Melalui bantuan Pusat Internet . beliau mendapat manfaat dari segi promosi dan pemasaran produk secara meluas di seluruh Malaysia. maka terbentuklah laman web iaitu lemangjempol.blogspot.com. walaupun masih baru dalam dunia ICT, hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah jualan lemang dan rendangnya.