NAMA   : Norazlillah Binti Mohammad Nor

UMUR  : 36 Tahun

Latar belakang

Puan Norazlilah merupakan tukang masak di kedai Ayam Gepuk Meraung. Beliau seringkali membuat makanan seperti ayam goreng keju, laksa dan sebagainya di masa lapang dan mewar-warkan di whatsapp status dan Facebook. Beliau ingin membuat pinjaman tekun bagi membolehkan beliau membina gerai untuk perniagaan beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi                     

Beliau bekerja sebagai tukang masak sepenunya di Ayam Gepuk Meraung namun pendapatannya tidak mencukupi bagi puan Norazlillah. Beliau bercadang ingin mendapatkan pembiayaan TEKUN dengan meminta bantuan dari Rakan Digital PEDi Kuala Jempol. Sebelumya, beliau telah mendaftar perniagaan beliau di SSM dengan bantuan Rakan Digital.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Norazlillah telah meminta bantuan Rakan Digital PEDi Kuala Jempol bagi mendaftar syarikat di SSM sebelum beliau mengambil keputusan untuk memohon TEKUN. Pinjaman tekun adalah bagi tujuan membina gerai berhadapan dengan rumah beliau. Beliau telah bejaya mendaftar SSM dan TEKUN dengan bantuan Rakan Digital.