Nama : Nurjeha Ummairah Binti Mohd Izzat Iskandar

Umur : 12 Tahun

Latar belakang

Adik Nurjeha Humaira merupakan pengguna NADI Kuala Jempol yang sering menghadiri kelas yang di anjurkan oleh pihak NADI seperti kelas E-Pembelajaran, kelas STEM IoT dan sebagainya. Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Jempol. Menjadikan NADI Kuala Jempol sebagai tempat untuk mengisi masa lapang belia dan adik-adik.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Adik Nurjeha tidak tahu menggunakan komputer terutamanya dalam membuat surat dan menaip. Adik Nurjeha juga tidak tahu memanfaatkan penggunaan jalur lebar terutamanya menggunakannya bagi tujuan pembelajaran dan sebagainya. Beliau juga masih lambat dalam menaip dan membuat carian di jalur lebar.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Petugas NADI Kuala Jempol telah mengajar adik Nurjeha kaedah menaip dengan pantas dengan menggunakan laman web ‘fast typing’ bagi melatih beliau menaip. Selain itu adik Nurjeha juga belajar cara membuat carian yang lebih berkesan di Google dan Microsoft Edge agar maklumat yang diperolehi adalah tepat dan bermanfaat.

 

WhatsApp-Image-2024-07-30-at-11.03.34   WhatsApp-Image-2024-07-30-at-11.03.51