Jom Ikut XPDC Air Terjun & Berkelah Di Maran, Pahang

 3 hari 2 malam

Perkhemahan ini anjuran Persatuan Rekreasi dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Jempol. Aktiviti ini sesuai bagi sesiapa yang meminati aktiviti lasak dan berkhemah. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 untuk ahli Persatuan Rekreasi Jempol dan bukan Ahli PRJL adalah RM60. Penyertaan terbuka kepada mereka yang berminat, tidak mengira di mana anda berada dan berumur 14 tahun ke atas. Bayaran ini meliputi tambang bas, lori, insurans, khemah, guide, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Cadangan bertolak mungkin pada hari Jumaat, jam 9 malam. Berkumpul di Kompleks Rakan Muda Jempol. Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi nombor yang terdapat di dalam banner