Berhulu Camp Jempol.

Anda mencari - cari tempat untuk mengadakan kursus atau menjalankan aktiviti perkhemahan dengan budjet yang rendah dan terbaik?. Kalau betul. BERHULUCAMP adalah jawapannya. Anda pasti seronok dan teruja apabila berada di sini kerana pengalaman kami lebih 15 tahun dalam bidang motivasi dan perkhemahan mengetahui kehendak anda. Oleh itu kami mengalu - alukan kedatangan anda ke Pusat Latihan dan Rekreasi BERHULUCAMPdi Hutan Lipur Jeram Kg Serting Ulu Jempol, Simpang Pertang Negeri Sembilan. Kem Bina Semangat ini menyediakan tapak perkhemahan ,chalet, tempat berkursus atau seminar, padang kawad untuk xtvt badan beruniform, percutian keluarga ala kampung, pakej Hari Keluarga ( Family Day ), tempat mesyuarat, majlis keramaian, menganjurkan kem motivasi dan kecemerlangan pelajar serta pusat rekreasi lasak dan motorcross.
.

BERHULUCAMPterletak   kira - kira 12 KM daripada Pekan Batu Kikir  dan 4 KM sahaja daripada  Pekan Simpang Pertang Jelebu Negeri Sembilan.Kem ini juga berhampiran dengan  Pusat Penyelidikan Hutan Hijau Khatulistiwa  atau FRIM yang tertua di dunia. BERHULUCAMP di usahakan  oleh para jurulatih yang berpengalaman luas hampir 15 tahun dalam pelbagai program dan kursus untuk pelajar , belia mahupun golongan berkerjay

a.Pada asalnya, mereka ini adalah sukarelawan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol NS yang menjadikan ia suatu hobi bagi membantu sekolah , persatuan dan agensi kerajaan  mengadakan program - program motivasi pelajar, kem perkhemahan  dan kursus belia secara percuma sahaja .Setelah 15 tahun, maka lahirlah BERHULUCAMP pada 25hb Januari 2011 di Hutan Lipur Serting Ulu yang menghimpunkan barisan jurulatih dan fasilitator yang luas pengalamannya dalam dunia Outdoor dan Motivasi khasnya.