• FUNGSI DAN TUGAS JKKK
    • Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
    • Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
    • Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.
    • JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan.