SELAMAT DATANG

 

KE PORTAL NaDi

KUALA JEMPOL, JEMPOL

   Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol, Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol secara rasminya telah memulakan operasi pada 1 Januari 2008, dan sehingga kini telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat di kawasan luar jangkau ini dan kawasan sekitar yang berdekatan.

Sebanyak 12 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi)  rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pi sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan.  
  • WAKTU OPERASI
  • HARI: ISNIN – AHAD (7 HARI SEMINGGU)
  • MASA: 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
  • **TUTUP – HARI PELEPASAN AM
  • Kepada masyarakat setempat khususnya yang berminat bolehlah mendaftar kepada kami:
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Kuala Jempol
    Dataran Kg Kuala Jempol,
    72100 Bahau,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.
    No. Tel : 0193793977/0182155519 (Pengurus & Pen. Pengurus)
    No. Fax: