Lawatan Wanita dan Puteri Umno ke Rumah Tunas Harapan

Sebuah lawatan telah dianjurkan oleh Wanita dan Puteri UMNO Kampung Kuala Jempol dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Daerah Jempol ke Rumah Tunas Harapan Payung Seri Sejahtera Kuala Pilah. Tujuan Utama Lawatan adalah untuk menzahirkan keprihatinan Wanita dan Puteri Umno kepada warga emas yang ditempatkan di sana. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Wanita dan Puteri Umno Kg Kuala Jempol.