Kolej Vokasional Juasseh

 

Kolej Vokasional Juasseh atau nama lamanya Sekolah menengah  Juasseh, merupakan sebuah Sekolah menengah tinggi yang terletak di Jalan Batu Kikir,.

Pada 2009, Sekolah Menengah Teknik Juasseh memiliki 262 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 367 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984. Jenis sekolah ialah sekolah bantuan penuh kerajaan dan bukan asrama penuh. Menawarkan pendidikan menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5.

Sekolah ini berkeluasan 30.5 ekar dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Pekan terdekat adalah pekan Juasseh dan Batu Kikir manakala bandar terdekat pula adalah Kuala Pilah dan Bahau.

Jarak sekolah dari bandar terdekat adalah 12km manakala dari pejabat pelajaran daerah pula adalah 11km. Sekolah pada asalnya dikelilingi ladang getah tetapi kini telah diganti dengan kelapa sawit dan kawasan perumahan.

Sekolah ini asalnya adalah sebuah estet dan terdapat beberapa buah rumah pekerja termasuk rumah pengurus estet. Sebelum terbinanya estet, sekolah ini merupakan landasan kapal terbang tentera Jepun.

Bangunan asal sekolah ini dibina di bawah Colombo Plan. Pada tahun 1984 cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang dan guru pula seramai 10 orang

Sekolah ini mula mendapat bekalan air dan elektrik pada 20 Februari 1984. Pada awal penubuhan sekolah ini, beberapa peralatan seni perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Za’aba dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.

Bangunan asal sekolah ini terdiri daripada:- • 2 buah blok bilik darjah dan pentadbiran • 1 buah dewan besar • 8 buah bengkel • sebuah makmal sains • 3 blok asrama

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor atau nama ringkasnya SMK Datuk Mansor, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 4, Jalan Juasseh,.

Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor memiliki 668 pelajar lelaki dan 780 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1406 orang. Ia mempunyai seramai 114 orang guru.

Sejarah.

Semasa penubuhannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Inggeris Bahau, tetapi pada 22hb September 1972, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Datuk Mansor, bersempena dengan nama Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu YAP Datuk Mansor Othman.

Sejarah awal sekolah ini bermula dengan menumpang di Sek Keb St Aidan, Bahau pada tahun 1963. Sebanyak 6 kelas telah dibuka dan pengetuannya ialah En. Doradas Dorairaj. Pada bulan Januari 1966, sekolah ini telah dibuka pada tapak sekolah yang ada sekarang. Sekolah Menengah Inggeris, Bahau telah dipilih sebagai nama sekolah kerana penggunaan bahasa Inggeris yang berleluasa dan kedudukan Bahasa Melayu masih belum kukuh kerana belum dijadikan bahasa pengantar utama.

Pada 25 Februari 1969, YAB Mohamed Khir Johari Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, telah merasmikan Sek Men Inggeris ini. Nama sekolah ditukarkan kepada Sek Men Keb Datuk Mansor pada 22 September 1972, oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu iaitu Datuk Mansor Bin Othman.

Padang sekolah dibina selepas setahun sekolah ini dibuka. Sekolah ini juga menyediakan kemudahan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Asrama lelaki telah dibina dan didiami pada April 1973. Asrama pelajar perempuan pula telah didiami pada tahun 1979.

*sumber google.