Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri Sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu KikirNegeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala PilahBahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

SEJARAH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2003.

Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.

Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains AgamaSains Tulen dan Sains Teknikal.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

 

*sumber google