Assalamualaikum. anda masih ingat dengan rancangan makan popular iaitu Jalan Jalan Cari Makan? yang di hoskan oleh Maria Tengku sabri pada satu ketika dahulu. rancangan yang sentiasa memperkenalkan tempat tempat makanan menarik di seluruh Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali. Antara tempat menarik yang telah menjadi pilihan JJCM TV3 ialah di Restoran Mama World di Seremban 2. lokasinya betul-betul di belakang bangunan Famly Store. kedai makan yang popular dengan masakan lemak cilik api nogori ini telah beroperasi lebih 10 tahun.

kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 11 hingga 12 tgh malam. antara menu masakan kampung orang nogori yang terdapat disini ialah. masak lemak cili api pucuk ubi, masak lemak sembilang salai bacang muda,  rendang daging pucuk maman dan banyak lagi. bagi yang ingin bercuti di negeri sembilan jangan lupa mencari restoran ini jika anda berkunjung ke seremban.

*sumber dari google