HUTAN LIPUR ULU BENDUL

Hutan Lipur ini dibangunkan pada tahun 1971 oleh Tuan Tulis dan dijadikan sebagai tempat ibadat. Pada tahun 1920an, tempat ini dijadikan kawasan riadah iaitu rumah rehat dan lading kuda. Hutan lipur ini terletak di KM 20 jalan Seremban - Kuala Pilah di dalam Hutan Simpan Angsi. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dari bandar Seremban. Terdapat Gunung Angsi setinggi lebih kurang 825 meter dari aras laut dan ia boleh didaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi. Landskap semulajadi di sini menjadikannya unik untuk mandi-manda dan sesuai bagi aktiviti lasak, berkelah, berkhemah dan bersiar-siar.

   

Melawat Muzium Diraja Istana Seri Menanti.

Istana Diraja Seri Menanti terletak di Bandar Diraja Seri Menanti kuala pilah. istana ini telah dibuat daripada kayu belian tanpa menggunakan sebarang paku.dibina pada tahun 1902 istana ini memiliki ciri ciri binaan minangkabau yang unik. warna hitam bangunan ini membuatkan ia tersergam indah dari jauh. bangunan setinggi 65 kaki ini, mempunyai 99 tiang kayu keras yang mempunyai tinggi 65 kaki. pelbagai motif bunga bungaan telah diukir di tiang belian istana ini.

kini, istana yang dulunya dijadikan kediaman khas diraja telah dijadikan muzium diraja khas. orang ramai boleh lah berkunjung dan melihat pameran yang ada disini. meraka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan diraja boleh dtang melawat dan bercuti di muzium ini.