Nama  : Mohammad Firdaus Bin Rosli

Umur  : 12 Tahun

Ahli    : 2015

Latar Belakang

Mohammad Firdaus merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuala Jempol Negeri Sembilan. telah menjadi ahli Pi1m semenjak tahun 2015. sebelum ini beliau tiada kemahiran ICT dan lebih suka menghabiskan masa dengan aktiviti luar "outdoor".

Sebelum penggunaan Ict/penglibatan Pim.

Sebelum menggunakan khidmat PIM, beliau mengalami masalah untuk akses internet dan tiada tempat rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya. Oleh hal yang demikian, beliau selalu datang ke PIM Kuala Jempol untuk meningkatkan kemahiran dalam komputer dan penggunaan internet.  Dalam masa yang sama, beliau mengalami kesukaran untuk mencetak dokumen di kawasan berdekatan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Oleh sebab rajin menghadiri kelas asas internet di PIM, Kuala Jempol, beliau kini sudah mahir menggunakan peralatan ICT dan mempunyai email sendiri. Sebagai seorang pelajar, beliau telah menggunakan internet untuk mencari bahan yang diminta oleh gurunya seperti soalan contoh UPSR, puisi, doa dan sebagainya.Sepanjang 2 tahun menjadi ahli PIM, beliau antara ahli yang paling aktif menyertai pertandingan, program dan kelas yang dianjurkan oleh pihak PIM. Beliau lebih suka memanfaatkan masa di PIM.