Restoran Wadi Ar-Raudhah memang besar dan menyediakan lauk pauk sehingga 40 jenis masakan termasuk masakan - masakan popular Negeri Sembilan. seperti di Mama World juga, pelbagai aneka jenis masak lemak cili api yang ada disini seperti ayam gulai nangka, ikan sungai, burung puyuh, aneka ulaman dan sebagainya. selain itu, masakan lauk pauk dari negeri lain juga ada disediakan disini.

Restoran ini juga adalah restoran pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang popular di TV3. jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri sembilan, dan ingin mencari tempat makan yang enak, disini lah tempatnya. disini kami sediakan alamat lengkap restoran Wadi Ar-Raudhah supaya mudah anda untuk mencarinya.

Wadi Ar-Raudhah, no1 jalan sri rahang 1, taman sri rahang,

70100 Seremban Negeri Sembilan. 0134782477,014-5095046,019-3508426

 

*sumber google

 

CENDOL RETRO BATU KIKIR

Gerai Cendol Retro mempunyai dua buah cawangan. cawangan pertama terletak di pekan Batu Kikir dan cawangan kedua terletak di Ampangan Seremban. gerai cendol retro menyajikan pelbagai menu cendol termasuk lah pulut mangga, cendol durian, cendol kacang dan pelbagai lagi. cendol retro kini trending di media  sosial. rugilah kiranya anda berkunjung ke negeri sembilan jika tidak datang merasai keenakan cendol retro ini. disini kami kongsikan alamat dan beberapa keping gambar untuk rujukan pembaca.

GERAI CENDOL RETRO BATU KIKIR. 

alan Beringin 2, Kampung Batu Kikir,

72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia

GERAI CENDOL RETRO AMPANGAN SEREMBAN.

Taman Ampangan Seremban 70400.

*sumber google