Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa kepada para pembaca portal Pi1M Kampung Kuala Jempol yang dirahmati Allah sekalian. sperti yang kita sedia maklum, Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang kaya dan popular dengan adat perpatih. ''Biar mati anak, jangan mati adat'', adalah sepotong ayat yang menggambarkan betapa pentingnya adat di dalam masyarakat di negeri sembilan ini. 

Selain dari popular dengan adat perpatih, negeri sembilan juga ada makanan tradisionalnya yang tersendiri. antara yang paling popular adalah masakan lemak cili api. dikatakan, masakan ini adalah salah satu masakan yang wajib ada di dalam hidangan bagi masyarakat jati negeri sembilan. dan yang menjadi ''trademark'' nya adalah, masakan itu harus pedas. hidangan yang paling digemari adalah ayam masak lemak cili api berserta nangka muda. jika ingin lebih sedap ayam itu haruslah ayam kampung yang diternak sendiri tanpa ada sebarang suntikan. Terdapat banyak restoran-restoran yang kini menyajikan hidangan ini. Selamat mencuba !

 

 

Assalamualaikum. anda masih ingat dengan rancangan makan popular iaitu Jalan Jalan Cari Makan? yang di hoskan oleh Maria Tengku sabri pada satu ketika dahulu. rancangan yang sentiasa memperkenalkan tempat tempat makanan menarik di seluruh Malaysia. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali. Antara tempat menarik yang telah menjadi pilihan JJCM TV3 ialah di Restoran Mama World di Seremban 2. lokasinya betul-betul di belakang bangunan Famly Store. kedai makan yang popular dengan masakan lemak cilik api nogori ini telah beroperasi lebih 10 tahun.

kedai ini dibuka setiap hari dari pukul 11 hingga 12 tgh malam. antara menu masakan kampung orang nogori yang terdapat disini ialah. masak lemak cili api pucuk ubi, masak lemak sembilang salai bacang muda,  rendang daging pucuk maman dan banyak lagi. bagi yang ingin bercuti di negeri sembilan jangan lupa mencari restoran ini jika anda berkunjung ke seremban.

*sumber dari google


 

Restoran Wadi Ar-Raudhah memang besar dan menyediakan lauk pauk sehingga 40 jenis masakan termasuk masakan - masakan popular Negeri Sembilan. seperti di Mama World juga, pelbagai aneka jenis masak lemak cili api yang ada disini seperti ayam gulai nangka, ikan sungai, burung puyuh, aneka ulaman dan sebagainya. selain itu, masakan lauk pauk dari negeri lain juga ada disediakan disini.

Restoran ini juga adalah restoran pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang popular di TV3. jadi kepada sesiapa yang berkunjung ke negeri sembilan, dan ingin mencari tempat makan yang enak, disini lah tempatnya. disini kami sediakan alamat lengkap restoran Wadi Ar-Raudhah supaya mudah anda untuk mencarinya.

Wadi Ar-Raudhah, no1 jalan sri rahang 1, taman sri rahang,

70100 Seremban Negeri Sembilan. 0134782477,014-5095046,019-3508426

 

*sumber google

 

CENDOL RETRO BATU KIKIR

Gerai Cendol Retro mempunyai dua buah cawangan. cawangan pertama terletak di pekan Batu Kikir dan cawangan kedua terletak di Ampangan Seremban. gerai cendol retro menyajikan pelbagai menu cendol termasuk lah pulut mangga, cendol durian, cendol kacang dan pelbagai lagi. cendol retro kini trending di media  sosial. rugilah kiranya anda berkunjung ke negeri sembilan jika tidak datang merasai keenakan cendol retro ini. disini kami kongsikan alamat dan beberapa keping gambar untuk rujukan pembaca.

GERAI CENDOL RETRO BATU KIKIR. 

alan Beringin 2, Kampung Batu Kikir,

72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan, Malaysia

GERAI CENDOL RETRO AMPANGAN SEREMBAN.

Taman Ampangan Seremban 70400.

*sumber google


 

Nasi Arab Damsyik terletak di jalan Paroi-Senawang Seremban. tempatnya yang strategik dengan kemudahan parkir yang tersedia membuatkan kedai ini menjadi tumpuan. disamping makanan yang disajikan enak dan berpatutan. restoran ini amat popular di sekitar Seremban dan kawsasan yang sewaktu dengan nya. makanan dihidangkan didalam satu dulang yang besar mengikut tradisi orang arab. dan boleh dinikmati beramai-ramai bersama keluarga. saya pasti jika anda sudah cuba sekali pastinya ingin makan lagi. anda bole rujuk disini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Nasi Arab Damsyik, Seremban.

*sumber google