Nama : Arif Hakimi Bin Bakri

Umur : 22 Tahun

Latar belakang

Encik Arif merupakan seorang pelajar dalam bidang perguruan di Terengganu. Beliau membuat khidmat sebagai jurugambar kerana minatnya terhadap fotografi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Beliau cuma mempromosikan perkhidamatannya cuma di paltform whatsapp bagi mencari pelanggannya yang ingin mengambil perkhidmatan gambar seperti gambar perkahwinan, hari jadi dan juga majlis-majlis keramaian/

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADi

Encik Arif mendapat latihan daripada NaDi Kuala Jempol dengan mempromosikan perkhidmatan beliau di dalam media sosial seperti di facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga kini, masih bergelar pelajar sambil mencari pendapatan sampingan dengan menjadi fotigrafi dan giat menjalankan perkhidmatannya pada masa cuti semester dan cuti mingguan.

 

WhatsApp-Image-2024-03-16-at-12.29.55-1   WhatsApp-Image-2024-03-16-at-12.29.55

Nama : Zulkifli Mohammad Bin manaf

Umur : 64 Tahun

LATAR BELAKANG

Encik Zul merupakan penduduk Kampung Kuala Jempol yang telah mencapai usia emas namun sering hadir ke PEDi Kuala Jempol bagi membuat kerja-kerja bendahari untuk persatuan dan koperasi badan berpolitik. Beliau sering hadir ke PEDi Kuala Jempol bagi menyelesaikan tugasan akaun dan surat.


SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDI

Beliau tidak tahu cara menggunakan Whatsapp Web dan PDF filter bagi memudahkan beliau menghantar dokumen dan mengolahnya.


SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN PEDI

En.Zulkifli telah mempelajari cara mengolah dokumen PDF dengan hanya menggunakan aplikasi atas talian selain mempelajari cara menghantar dokumen dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Web.

Nama : Zurairah Embong

Umur : 42 Tahun

Produk : Kerepek Tempe

Usahawan The Tempe Chips
Menghadiri Latihan Keusahawanan Perniagaan atas talian di NaDi Kuala Jempol
Beliau juga telah menyertai dan membuka booth di Negeri Sembilan Fest di Nilai.
Sering mendapat tempahan doorgift bagi majlis kahwin dan sebagainya.
 
 
WhatsApp-Image-2024-03-15-at-14.46.20

 

Nama : Athilah Sofia Binti Shamsuddin

Umur : 18 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Adik Athilah Sofia merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir. Pelajar yang sering hadir ke PEDi Kuala Jempol untuk mempelajari asas penggunaan bagi Microsoft word, powerpoint dan excel. Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik.


SEBELUM PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NaDi

Adik Athilah kurang mengetahui kemahiran menggunakan Microsoft word untuk menyiapkan tugasan sekolah.Adik Athilah datang ke Pedi Kuala Jempol untuk menyertai kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak PEDi.


SELEPAS PENGGUNAAN ICT/ PENGLIBATAN NaDi

Petugas PEDi Kuala Jempol memberi tunjuk ajar kepada adik Athilah bagaimana cara menggunakan Microsoft word secara asas yang memudahkannya untuk membuat tugasan yang diarahkan. Adik Athilah juga mendapat lebih ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada tuisyen yang diadakan. Suasana pembelajaran secara atas talian membuatkan adik Athilah bersemangat untuk datang ke Pedi Kuala Jempol menyertai program lain yang dianjurkan di Pedi Kuala Jempol

 

 

 

Nama : Norasyikin Binti Mohamad

Umur : 43 Tahun 

 

Bentuk Perniagaan:

Usahawan sampingan. Beliau mengusahakan perniagaan pakaian bundle bersama suami. Menjual produk beliau kepada peminat-peminat pakaian berjenama yang berminat.

Latar belakang

 

Suami Puan Syikin iaitu Encik Asmawi merupakan pekerja di Pos Malaysia yang bertanggungjawab menghantar surat dan bungkusan kepada penerima. Memulakan perniagaan pakaian bundle pada tahun 2019 dan hanya berniaga di perkarangan rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Beliau sebelum ini tidak menerima pelanggan selain dari penduduk setempat dan pendapatan dari jualan pakaian bundle beliau kurang memberansangkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Selepas beliau mempromosikan produk beliau di media sosial seperti Facebook, permintaan pakaian bundle yang diusahakan semakin meningkat. Ramai pembeli dari luar Negeri Sembilan yang membeli dari beliau melalui media sosial Facebook terutamanaya peminat-peminat yang tersendiri.