NAMA :  NOR AZMI BIN ABDUL LAJIS

UMUR : 42 TAHUN

PRODUK : USAHAWAN PEMBUATAN KEK DAN ROTI

WHATSAPP : 011-10250878

Ringkasan latar belakang :

Encik Azmi merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh yang telah menceburi perniagaan pastri sejak beberapa tahun yang lepas. Bermula dengan minat, beliau telah mendaftar ke beberapa kursus pembuatan pastri bagi menambahkan ilmu berkenaan pembuatan kek,kuih muih dan roti. Beliau telah membuat jenama sendiri iaitu The Urban Bake.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Azmi hanya membuat kelas pastry dan kuih talam di rumah. Perniagaannya hanya dikenali oleh orang yang terdekat dan sekitar. Jenamanya juga hanya dikenali oleh orang yang terdekat dan yang pernah menempah dari beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan perkhidmatan pusat internet melalui kelas-kelas usahawan dibawah kelolaannya dengan menjadikan pusat internet sebagai medium mempromosikan kelas yang dibuat, Encik Azmi dapat memperkenalkan produk-produk dan jenamanya kepada orang lain selain kenalan terdekat

 

kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ilmu kepada para usahawan untuk menambah kepelbagaian jualan mereka. kelas ini juga adalah sebagai satu platform kepada peserta mempelajari cara pembuatan talam tokyo, talam seri muka dan talam keladi. diharapkan dengan adanya kelas ini dapat menambah banyakkan usahawan yang berjaya di masa akan datang. klik disini untuk melihat gambar. kelas ini telah mendapat kerjasam dari Tuan Azmi sebagai tenaga pengajar.

 

 

LEMANG JEMPOL SDN BHD

Ismail Yatim, 65, seorang pesara yang telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan sejak tahun 90an lagi. beliau mendapat kekuatan dari isterinya bagi menjalankan perniagaan bersasaskan makanan tradisional iaitu Lemang dan rendang. bertitik tolak dengan modal sendri, maka tertubuhnya Lemang Jempol Sdn Bhd.

Beliau memulakan langkah menjual lemang dan rendang di tapak-tapak pasar tani meliputi Kuala Pilah dan Batu Kikir Negeri Sembilan. oleh sebab mendapat smbutan yang tinggi, beliau mendapat tempahan menggalakkn ketika musim perayaan, majlis kenduri kendara dan lain-lain. beliau juga tidak menyangka apabila mendapat tempahan dari golongan VIP dari Putrajaya, IPD Seremban dan lain-lain.

Melalui bantuan Pusat Internet . beliau mendapat manfaat dari segi promosi dan pemasaran produk secara meluas di seluruh Malaysia. maka terbentuklah laman web iaitu lemangjempol.blogspot.com. walaupun masih baru dalam dunia ICT, hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah jualan lemang dan rendangnya.

   

 


 

 

ZOFEAM ENTERPRISE SDN.BHD

Secara umumnya, Zofeam Entereprise adalah merupakan syarikat sulung kepada pemilik bernama Encik Zafaran Bin Sutin .Sejarah penglibatan beliau di dalam dunia perniagaan bermula pada awal Ogos 2015, dengan modal yang kecil membolehkan beliau menjual makanan di kawasan taman yang berdekatan seperti Taman Puan Chik, Bahau. Makanan yang mendapat sambutan luar biasa adalah seperti Nasi Goreng, Bubur Kacang Hijau dan lain-lain.

 

Namun begitu, timbul beberapa masalah yang menyebabkan beliau berjinak- jinak diri dalam perniagaan berkonsepkan “Ais Krim Malaysia”. Pada pertengahan Sept 2015, beliau berazam untuk menjual Aiskrim pertamanya iaitu Bubur Kacang Hijau dan Kacang Merah di kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Jempol. Seminggu selepas itu, beliau menambah 8 perisa Aiskrim lalu dijual pada harga RM 0.50. Setakat ini, pembeli tetap Aiskrim Malaysia beliau adalah dalam kalangan murid-murid, guru –guru dan penjaga.

 

Cabaran atau halangan utama sepanjang menjual produk “Aiskrim Malaysia” ini, syarikatnya mengalami beberapa persaingan di sekitar itu. Bentuk persaingan adalah seperti jenis perisa dan harga. Namun keistimewaan AisKrim milik Zofeam Enterprise bukan sekadar sedap dan pelbagai perisa, malah saiznya juga panjang iaitu 12 inci sebatang.

 

Dengan adanya Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kuala Jempol, menyebabkan urusan perniagaan beliau menjadi mudah. Beliau boleh mengakses internet untuk memantapkan ilmu perniagaan dan sumber 

inspirasi. Sebagai contoh, resepi yang terbaik, jenis model perniagaan, bantuan kewangan, perhubungan dalam media sosial, data pelanggan dan lain –lain. Beliau berkata, PI1M memberi impak positif kepada syarikanya dalam menyiapkan kertas kerja proses pinjaman dan bantuan dari pihak kerajaan seperti MARA, TEKUN dan sebagainya.

Hasil tunjuk ajar dari petugas PI1M, syarikat beliau telah berjaya mendapat bantuan peralatan peti sejuk beku dan wang sebanyak RM1000.00 dari pihak Baitulmal.

   

      Tidak dapat dinafikan PI1M telah memberi banyak impak positif di dalam perniagaan Zofeam Enterprise seperti bilangan pembeli meningkat saban minggu dan kertas kerja dapat disiapkan dengan cepat

 

    


 

FOTOGRAFI

 

 

 

ART MOMENT CREATIVE ENTERPRISE

NS 0120651-D

 

ALAMAT:

NO 59, KG PADANG LALANG

012-9248014

 

PERKHIDMATAN:

FOTOGRAFI
REKAAN GRAFIK BERKOMPUTER
PERCETAKAN BANNER/BUNTING
GUBAHAN HANTARAN

 

 

 

NAMA :  NURUL ELLIANA BINTI MOHD RIKA

UMUR : 27 TAHUN

PRODUK : USAHAWAN KOSMETIK (MINYAK WANGI DAN PENJAGAAN KULIT)

WHATSAPP : 017-237 6310

Ringkasan latar belakang :

  • Puan nurul merupakan anak kelahiran kg kuala jempol negeri sembilan. beliau memulakan perniagaan barangan kosmetik iaitu minyak wangi dan set penjagaan kulit sejak setahun yang lalu. L'amour adalah jenama wangian manakala Meeracle adalah jenama bagi set penjgaan kulit.  beliau menggunakan 100% medium sosial media untuk mempromosikan jualannya. antaranya medium Facebook dan Whatsapp. beliau juga ada mendapatkan khidmat dari satff pusat Internet untuk mempromosikan product beliau. dan kini perniagaan beliau dilihat semakin maju.

 

 

Puan Ruzizan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan pastri dan kek sebelum membuat kuih kapit dan biskut kelapa secara konsisten. Pada mulanya, beliau menceburi bidang perniagaan adalah kerana minat dan ingin membantu suami beliau dalam menambahkan pendapatan dan kini perniagaan beliau telah berkembang maju sehingga ada syarikat yang mengambil produk puan ruzizan sebelum dijenamakan semula. Kini produk kuih kapit terdapat pelbagai perisa seperti perisa kacang dan coklat.