Nama :Malisa Binti Hj Talib

Umur : 56 Tahun

Latar belakang

Puan Malisa merupakan usahawan yang telah berkecimpungan di dalam perniagaan kuih bahulu selama lebih kurang 5 tahun. Beliau membuat kuih bahulu dan biskut-biskut raya di rumahnya di Kampung Kuala Jempol.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sebelum ini hanyalah membuat dan mengambil tempahan dari penduduk sekitar dan dalam kuantiti yang sedikit. Pendapatan beliau juga hanyalah sekitar Rm 3,000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas beliau mempromosikan produk beliau di media sosial seperti Facebook, permintaan bagi kuih bahulu beliau meningkat kepada pelanggan di luar negeri. Beliau sering menerima tempahan buah tangan bagi pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, Aqiqah dan sebagainya. Beliau juga telah menyertai sebagai usahawan jemputan ke PEDi Kampung Jemapoh bagi acara lawatan kerja Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

429581303 3369875379983723 7599839014129792511 n

 

 

NAMA   : Norazlillah Binti Mohammad Nor

UMUR  : 36 Tahun

Latar belakang

Puan Norazlilah merupakan tukang masak di kedai Ayam Gepuk Meraung. Beliau seringkali membuat makanan seperti ayam goreng keju, laksa dan sebagainya di masa lapang dan mewar-warkan di whatsapp status dan Facebook. Beliau ingin membuat pinjaman tekun bagi membolehkan beliau membina gerai untuk perniagaan beliau sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi                     

Beliau bekerja sebagai tukang masak sepenunya di Ayam Gepuk Meraung namun pendapatannya tidak mencukupi bagi puan Norazlillah. Beliau bercadang ingin mendapatkan pembiayaan TEKUN dengan meminta bantuan dari Rakan Digital PEDi Kuala Jempol. Sebelumya, beliau telah mendaftar perniagaan beliau di SSM dengan bantuan Rakan Digital.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Norazlillah telah meminta bantuan Rakan Digital PEDi Kuala Jempol bagi mendaftar syarikat di SSM sebelum beliau mengambil keputusan untuk memohon TEKUN. Pinjaman tekun adalah bagi tujuan membina gerai berhadapan dengan rumah beliau. Beliau telah bejaya mendaftar SSM dan TEKUN dengan bantuan Rakan Digital.

 

 

Nama : Norasyikin Binti Mohamad

Umur : 43 Tahun 

Bentuk Perniagaan:

Usahawan sampingan. Beliau mengusahakan perniagaan pakaian bundle bersama suami. Menjual produk beliau kepada peminat-peminat pakaian berjenama yang berminat.

Kisah Kejayaan

    Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi Memulakan pernigaan bundle pakaian bersama suami beliau di laman rumah mereka.

    Perniagaan beliau mengsasarkan golongan peminat pakaian berjenama dengan harga yang murah.

    Pernah memohon geran Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dengan bantuan petugas PEDi Kuala Jempol dan brjaya mendapatkannya.

    Sering hadir ke PEDi Kuala Jempol bagi menggunakan kemudahan dan bantuan petugas.

NAMA   : NORIMAH BINTI ALIAS

UMUR  :54 TAHUN

Bentuk perniagaan :

  • Puan Norimah  merupakan perniaga makanan warung di Kuala Jempol dan menjadikan perniagaan mee siput sebagai perniagaan sampingannya. Perniagaan mee siput ini telah bertahan selama 6 tahun dan beliau menyediakan mee siput di rumah beliau sendiri

Kisah Kejayaan

  • Puan Norimah telah mula berniaga mee siput sejak 6 tahun yang lepas. Melalui perniagaan secara kecil-kecilan kini perniagaan beliau semakin maju. Beliau menghantar produk mee siput tersebut ke beberapa buah kedai di sekitar Kuala Jempol. Dari pembungkusan yang tiada pelekat sebagai pengenalan produk, kini beliau telah mempunyai pelekat sendiri dengan bantuan Pusat Internet.
  • Puan Norimah tidak memiliki pelekat bagi penjenamaan sendiri. Kebanyakan mee siput Puan Norimah kurang dikenali kerana kurangnya pengenalan melalui penjenamaan Disebabkan beliau tidak mempunyai pelekat, produk yang dihasilkan tidak mendapat liputan ramai.
  • Setelah meminta pusat internet bagi membantu beliau membuat stiker bagi pengenalan dan penjenamaan, mee siput Puan Normah semakin dikenali ramai. Beliau mula menghantar mee siput yang dibuat ke kedai yang lain di sekitar Kuala Jempol

NAMA :  NOR AZMI BIN ABDUL LAJIS

UMUR : 42 TAHUN

PRODUK : USAHAWAN PEMBUATAN KEK DAN ROTI

WHATSAPP : 011-10250878

Ringkasan latar belakang :

Encik Azmi merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Juasseh yang telah menceburi perniagaan pastri sejak beberapa tahun yang lepas. Bermula dengan minat, beliau telah mendaftar ke beberapa kursus pembuatan pastri bagi menambahkan ilmu berkenaan pembuatan kek,kuih muih dan roti. Beliau telah membuat jenama sendiri iaitu The Urban Bake.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Encik Azmi hanya membuat kelas pastry dan kuih talam di rumah. Perniagaannya hanya dikenali oleh orang yang terdekat dan sekitar. Jenamanya juga hanya dikenali oleh orang yang terdekat dan yang pernah menempah dari beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menggunakan perkhidmatan pusat internet melalui kelas-kelas usahawan dibawah kelolaannya dengan menjadikan pusat internet sebagai medium mempromosikan kelas yang dibuat, Encik Azmi dapat memperkenalkan produk-produk dan jenamanya kepada orang lain selain kenalan terdekat